Pengertian Tabut Tabut

Pada awalnya inti dari upacara Tabut adalah untuk mengenang usaha pemimpin Syiah dan kaumnya mengumpulkan potongan tubuh Husein, mengarak dan memakamnya di Padang Karbala.Istilah Tabut berasal dari kata Arab Tabut yang secara harfiah bererti "kotak kayu" atau "peti".

Dalam al-Quran kata Tabut telah dikenali sebagai sebuah peti yang berisikan kitab Taurat.Bani Israel di masa itu dipercayai bahawa mereka akan mendapatkan kebaikan bila Tabut ini muncul dan berada di tangan pemimpin mereka. Sebaliknya mereka akan mendapatkan malapetaka bila benda itu hilang.